Thursday 18 May 2017

Ubat DARAH TINGGI Traditional

Assalamualaikum , 

Lamanya tak update blog ibu , ehhh baru baru ni ibu terjumpa nama yang lain pada lain . Disebabkan ibu terlampau minat pakai shawl 'keknis' , so ibu nak tukar panggilan ibu jadi KEKLIN . haa , jangan lupa yaa . panggil ibu , keklin .

Okay , sekarang keklin nak share sikit pasal darah tinggi . Mak keklin seorang penghidap darah tinggi . sekarang dia makan ubat hospital dan setiap bulan dia akan cek di klinik berdekatan dengan kami . Mak keklin sekarang berumur 61 tahun ni . Masa dia disahkan ada darah tinggi masa umur dia 47 tahun . haaa , nampak tak ? mak keklin yang sangat jaga pemakanan dia pun , dapat penyakit darah tinggi ni . Apatah lagi keklin yang tak jaga makan ni . .

Sebenarnya kan , darah tinggi ni faktor badan kita dah tua . Kalau tiap tiap tahun umur je meningkat ,badan takkan tak tua kan , macam tak logik kann .

TAHUKAH ANDA ??

Badan kita menerima proses penuaan SETIAP HARI tau . Bila badan menerima proses ini , kita lebih berisiko untuk dapat penyakit . So , harini keklin nak share laa sikit ubat darah tinggi yang boleh bantu turunkan JIKA diamalkan ya .

APA ITU DARAH TINGGI ?

Sebelum tu , keklin nak ceter sikit , apa tu darah tinggi ? Jantung kita ni setiap deti setiap saat bertugas mengepam dan dia ada masa untuk menguncup dan berehat . Aktiviti ni la yang menghasilkan tekanan sebenarnya sebab dia berfungsi utk bawa darah ke seluruh badan kita . Setiap orang tekanan darahnya berbeza beza yaa .Jika tak dirawat dari awal , kemungkinan berlaku lebih banyak komplikasi dan juga kematian .

BACAAN TEKANAN DARAH 

Korang pernah tak pergi klinik buat check up untuk tekanan darah ? keklin tiap tiap bulan pergi sebab risau . Maklumlah keklin ni OBESITY , sangat berisiko untuk dapat darh tinggi . Okay kalau korang nak tau kan , bila kita cek ada nurse bagitau ATAS 120 BAWAH 90 . Korang tau tak apa tu ? Keklin dulu taktau juga , so keklin pun gatal laa mulut pergi tanya ke nurse tu . Nurse tu kata :

--------> bawah = diastolik

Tekanan semasa JANTUNG berehat diantara pengepaman . Bacaan normal bagi diastolik ialah 80 ke bawah .


-----------> atas = sistolik

Tekanan keatas saluran arteri akibat denyutan JANTUNG . Tekanan sistolik yang normal ialah 120 kee bawah.


Selalunya kann , darah tinggi kena kat orang yang berumur 60 tahun ke atas . Tapi memandangkan gaya hidup tak berapa nak sihat BERKEMUNGKINAN nak dapat darah tinggi tu macam dah tak kira umur dah sekarang ni .

Haaaa , ni serba sedikit tentang tekanan darah yeee. semoga bermanfaat untuk semua pembaca yaa .


UBAT TRADISIONAL UNTUK DARAH TINGGI

Bila dah ada darah tinggi , tiaptiap bulan kene pergi klinik untuk ambik ubat . Kalau macam keklin ni , mudah nak dapat herba kampung , So , harini keklin nak share sikit apa yang mak keklin amalkan sepanjang dia menghidap darah tinggi ni .



  • HEMPEDU BUMI 
  • PERIA KATAK
  • BUAH TUNJUK LANGIT
  • MISAI KUCING
  • MAHKOTA DEWA
  • BAWANG PUTIH
  • DAUN SADERI
  • DAUN PEGAGA
  • DAUN BELIMBING
  • TIMUN
  • BELIMBING BULUH
  • JERING
  • PUCUK BETIK


yang ni antara yang mak keklin amalkan . alhamdulillah , mak keklin tak pernahlah sampai kene berehat ke hospital tu. 

Ehhhh , sekarang mak keklin jarang makan herba dah sebab dia jumpa kapsul herba dari RAJA SEGALA TUMBUHAN . Lebih kurang 4 bulan ni dia amalkan , alhamdulillah bacaan tekanan darah dia , doktor kate NORMAL . Nak tengok bulan depan macamana pula . 

Nak tau ke apa kapsulu raja segala tumbuhan tu ? nanti keklin cerita yaa . semoga bermanfaat yaa untuk semua . 



love ,

keklin gojes 



No comments:

Post a Comment