Tuesday, 16 May 2017

KAMPUNG ULU SUNGAI , RAUB

Assalamualaikum

haii semua. pagi ni nak ceter sikit pasal tempat keklin duduk sekarang . kelin tinggal di KAMPUNG ULU SUNGAI , RAUB . tempat keklin ni jauh dari bandar Raub . Mungkin jarak dari kampung ULU SUNGAI ke bandar Raub 45km. Yesss , memang ulu sangat , kadang kadang line telepon pun takde .

okay , bila dah masuk kampung ulu sungai ni , banyak lagi cabang kampungnya. Tempat keklin ni juga GLAMOUR  dengan kampung orang asli tapi ada kampung orang melayu juga .

KAMPUNG ORANG MELAYU

  • KG SIA 
  • KG ULU SUNGAI
  • KG BATU RUSA
  • KG JASU
  • KG KELA

KAMPUNG ORANG ASLI
  • POS SATAK
  • POS RUAI
  • POS KLANG
  • POS BUNTU
  • POS KELIT

Haaa , walaupun ramai juga orang asli , kami bergaul tak kira kaum . kami bercampur sahaja tak kira la Melayu ke Orang Asli . Di sini juga terdapat 2 sekolah rendah iaitu :

  • SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SUNGAI
  • SEKOLAH KEBANGSAAN SATAK 

KEMAS ( untuk kanak kanak )

  • SATAK
  • BUNTU 
  • KLANG
Haaa , tak mula lagi episod menarik di kampung ULU SUNGAI . Haaa ? rumah keklin kat mane ? hahaa , Rahsia laaa , mane boleh bagitau . Okay , selalunya orang dok nanye mende hok sedaknye datang KAMPUNG ULU SUNGAI (US) ni . 


haaa , ni keklin nak kabor kaat us ni ada sungai , ada air terjun, ada pokok menghijau yang banyak. 
Kalau orang dari bandar , kebanyakkannya akan suka tempat macam ni sebab terlalu banyak pokok menghijau . bak kaa demeh ALAM SEMULAJADI .

Kalau demeh suka tempat tempat macam ni , kat sini ada tempat penginapan behampiran dengan sungai , bunyi sungai dan bunyi cengkerik .Jika berminat , bolehlah contact orang ni yaa ;

  • CHALET PAK EMBONG
  • CHALET PAK TEH
  • KELA ADVENTURE CAMP

Selaintu , kami ada tempat rekreasi di LATA LEMBIK . macam macam aktiviti diadakan disana antaranya jungle tracking , skywalk, water rafting dan lain lain.

okay , bagi hok sesape minat aktiviti 4wheel , tempat kami juga ada tempat untuk demeh mencuba 4wheel anda . Jika nak lagi ADVENTURE , ada KEM SANGKA . yang bestnya disini ,bebetui tengah hutan . yang mana demeh minat nak bercamping bolehlah ke KEM SANGKA yang boleh tembus di ULU SLIM , PERAK .


haaa , menarik tak ? nak tau menarik ke tidak ? marilah berKAMPUNG di KAMPUNG ULU SUNGAI , RAUB .


LOVE ,

KEKLIN

Keh orang KAMPUNG ULU SUNGAI 

No comments:

Post a Comment