Thursday 18 May 2017

Ubat DARAH TINGGI Traditional

Assalamualaikum , 

Lamanya tak update blog ibu , ehhh baru baru ni ibu terjumpa nama yang lain pada lain . Disebabkan ibu terlampau minat pakai shawl 'keknis' , so ibu nak tukar panggilan ibu jadi KEKLIN . haa , jangan lupa yaa . panggil ibu , keklin .

Okay , sekarang keklin nak share sikit pasal darah tinggi . Mak keklin seorang penghidap darah tinggi . sekarang dia makan ubat hospital dan setiap bulan dia akan cek di klinik berdekatan dengan kami . Mak keklin sekarang berumur 61 tahun ni . Masa dia disahkan ada darah tinggi masa umur dia 47 tahun . haaa , nampak tak ? mak keklin yang sangat jaga pemakanan dia pun , dapat penyakit darah tinggi ni . Apatah lagi keklin yang tak jaga makan ni . .

Sebenarnya kan , darah tinggi ni faktor badan kita dah tua . Kalau tiap tiap tahun umur je meningkat ,badan takkan tak tua kan , macam tak logik kann .

TAHUKAH ANDA ??

Badan kita menerima proses penuaan SETIAP HARI tau . Bila badan menerima proses ini , kita lebih berisiko untuk dapat penyakit . So , harini keklin nak share laa sikit ubat darah tinggi yang boleh bantu turunkan JIKA diamalkan ya .

APA ITU DARAH TINGGI ?

Sebelum tu , keklin nak ceter sikit , apa tu darah tinggi ? Jantung kita ni setiap deti setiap saat bertugas mengepam dan dia ada masa untuk menguncup dan berehat . Aktiviti ni la yang menghasilkan tekanan sebenarnya sebab dia berfungsi utk bawa darah ke seluruh badan kita . Setiap orang tekanan darahnya berbeza beza yaa .Jika tak dirawat dari awal , kemungkinan berlaku lebih banyak komplikasi dan juga kematian .

BACAAN TEKANAN DARAH 

Korang pernah tak pergi klinik buat check up untuk tekanan darah ? keklin tiap tiap bulan pergi sebab risau . Maklumlah keklin ni OBESITY , sangat berisiko untuk dapat darh tinggi . Okay kalau korang nak tau kan , bila kita cek ada nurse bagitau ATAS 120 BAWAH 90 . Korang tau tak apa tu ? Keklin dulu taktau juga , so keklin pun gatal laa mulut pergi tanya ke nurse tu . Nurse tu kata :

--------> bawah = diastolik

Tekanan semasa JANTUNG berehat diantara pengepaman . Bacaan normal bagi diastolik ialah 80 ke bawah .


-----------> atas = sistolik

Tekanan keatas saluran arteri akibat denyutan JANTUNG . Tekanan sistolik yang normal ialah 120 kee bawah.


Selalunya kann , darah tinggi kena kat orang yang berumur 60 tahun ke atas . Tapi memandangkan gaya hidup tak berapa nak sihat BERKEMUNGKINAN nak dapat darah tinggi tu macam dah tak kira umur dah sekarang ni .

Haaaa , ni serba sedikit tentang tekanan darah yeee. semoga bermanfaat untuk semua pembaca yaa .


UBAT TRADISIONAL UNTUK DARAH TINGGI

Bila dah ada darah tinggi , tiaptiap bulan kene pergi klinik untuk ambik ubat . Kalau macam keklin ni , mudah nak dapat herba kampung , So , harini keklin nak share sikit apa yang mak keklin amalkan sepanjang dia menghidap darah tinggi ni .



  • HEMPEDU BUMI 
  • PERIA KATAK
  • BUAH TUNJUK LANGIT
  • MISAI KUCING
  • MAHKOTA DEWA
  • BAWANG PUTIH
  • DAUN SADERI
  • DAUN PEGAGA
  • DAUN BELIMBING
  • TIMUN
  • BELIMBING BULUH
  • JERING
  • PUCUK BETIK


yang ni antara yang mak keklin amalkan . alhamdulillah , mak keklin tak pernahlah sampai kene berehat ke hospital tu. 

Ehhhh , sekarang mak keklin jarang makan herba dah sebab dia jumpa kapsul herba dari RAJA SEGALA TUMBUHAN . Lebih kurang 4 bulan ni dia amalkan , alhamdulillah bacaan tekanan darah dia , doktor kate NORMAL . Nak tengok bulan depan macamana pula . 

Nak tau ke apa kapsulu raja segala tumbuhan tu ? nanti keklin cerita yaa . semoga bermanfaat yaa untuk semua . 



love ,

keklin gojes 



Tuesday 16 May 2017

KAMPUNG ULU SUNGAI , RAUB

Assalamualaikum

haii semua. pagi ni nak ceter sikit pasal tempat keklin duduk sekarang . kelin tinggal di KAMPUNG ULU SUNGAI , RAUB . tempat keklin ni jauh dari bandar Raub . Mungkin jarak dari kampung ULU SUNGAI ke bandar Raub 45km. Yesss , memang ulu sangat , kadang kadang line telepon pun takde .

okay , bila dah masuk kampung ulu sungai ni , banyak lagi cabang kampungnya. Tempat keklin ni juga GLAMOUR  dengan kampung orang asli tapi ada kampung orang melayu juga .

KAMPUNG ORANG MELAYU

  • KG SIA 
  • KG ULU SUNGAI
  • KG BATU RUSA
  • KG JASU
  • KG KELA

KAMPUNG ORANG ASLI
  • POS SATAK
  • POS RUAI
  • POS KLANG
  • POS BUNTU
  • POS KELIT

Haaa , walaupun ramai juga orang asli , kami bergaul tak kira kaum . kami bercampur sahaja tak kira la Melayu ke Orang Asli . Di sini juga terdapat 2 sekolah rendah iaitu :

  • SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SUNGAI
  • SEKOLAH KEBANGSAAN SATAK 

KEMAS ( untuk kanak kanak )

  • SATAK
  • BUNTU 
  • KLANG
Haaa , tak mula lagi episod menarik di kampung ULU SUNGAI . Haaa ? rumah keklin kat mane ? hahaa , Rahsia laaa , mane boleh bagitau . Okay , selalunya orang dok nanye mende hok sedaknye datang KAMPUNG ULU SUNGAI (US) ni . 


haaa , ni keklin nak kabor kaat us ni ada sungai , ada air terjun, ada pokok menghijau yang banyak. 
Kalau orang dari bandar , kebanyakkannya akan suka tempat macam ni sebab terlalu banyak pokok menghijau . bak kaa demeh ALAM SEMULAJADI .

Kalau demeh suka tempat tempat macam ni , kat sini ada tempat penginapan behampiran dengan sungai , bunyi sungai dan bunyi cengkerik .Jika berminat , bolehlah contact orang ni yaa ;

  • CHALET PAK EMBONG
  • CHALET PAK TEH
  • KELA ADVENTURE CAMP

Selaintu , kami ada tempat rekreasi di LATA LEMBIK . macam macam aktiviti diadakan disana antaranya jungle tracking , skywalk, water rafting dan lain lain.

okay , bagi hok sesape minat aktiviti 4wheel , tempat kami juga ada tempat untuk demeh mencuba 4wheel anda . Jika nak lagi ADVENTURE , ada KEM SANGKA . yang bestnya disini ,bebetui tengah hutan . yang mana demeh minat nak bercamping bolehlah ke KEM SANGKA yang boleh tembus di ULU SLIM , PERAK .


haaa , menarik tak ? nak tau menarik ke tidak ? marilah berKAMPUNG di KAMPUNG ULU SUNGAI , RAUB .


LOVE ,

KEKLIN

Keh orang KAMPUNG ULU SUNGAI 

Tuesday 9 May 2017

KHASIAT HEMPEDU BUMI

HEMPEDU BUMI DAN KHASIATNYA


ASSALAMUALAIKUM SEMUA .
Apa khabar semua semua ? sihat ke semua anak anak ibumudagjes ni . Lama dah ibu xberaksi di blog ni kan ? ibu rasa sekarang musim demam laa . Ramai kawan kawan ibu demam + selsema + batuk . Mungkin musim demam agaknya . Okay harini ibu nak share sikit herba kampung HEMPEDU BUMI .



Nama saintifik HEMPEDU BUMI ni ialah ANDROGRAPHIS PANICULATA . Pokok ni banyak dijumpai di Malaysia , China , Indonesia , India dan Thailand . Haaaa , kenape nama HEMPEDU BUMI ? Orang melayu panggil hempedu bumi sebab rase dia , pehhh memang pahit sangat .Tapi kalau xpahit bukan ubat namanyaa yee korang . HEMPEDU BUMI  kalau diterjemah ke bahasa inggeris “bile of the earth” dan ia terbukti kuat melindungi hati dan memulihkan kesan hempedu .jom sesame tengok KHASIAT HEMPEDU BUMI .

KHASIAT HEMPEDU BUMI
            : mampu melindungi untuk hati , pancreas dan sistem penghadaman
            : membersihkan hati dan darah secara semulajadi
            : melindungi dari ulser perut dan duodenum
            : membantu menurunkan kencing manis
            : merawat kencing manis
            : melegakan demam
            : antiradang , antibakteria dan antivirus
            : boleh menghapuskan cacing dalam pencernaan
            : boleh merawat luka
            : boleh mencegah selsema
            : membantu mencairkan kahak


CARA MENGUNAKAN HEMPEDU BUMI :
            Untuk masalah dalaman seperti KENCING MANIS , DARAH TINGGI , DEMAM , SELSEMA dan sebagainya , anda bolehlaa ambik daunnya  , basuh dulu yee . jangan sambar terus yee . selepastu bolehlaa ambil air panas tuangkan dalam cawan dan biarkan ia sejuk dulu , bolehlah diminum sampai habis . Mak ibu selalu buat sebelum g klinik nak cek darah tinggi . Memang turun darah tingginya tau.
            Untuk luka , kene gigit serangga bolehlah ditumbuk daunnya dan sapukan ditempat yang luka tu .  Dulu ibu pernah kene alergik yg teruk sangat (gatal) ibu ambik daun ni , apply kat tempat gatal tu . Alhamdulillah lega sangat , xda dah gatal gatal tu .

Haaaa ? apa ? pahit ? yee , memang pahit tapi nak sihat kan , perlulah telan aje . ibu minum jugaa yee anak anak . nak sihat punya pasal yee . so , janganlah pandang remeh jika korang nampak pokok HEMPEDU BUMI  ni dimana mana yee . Kalau kat tempat ibu ni merata ada tumbuhnyaa . So , bila dah ada kene laa manfaat kan . Herba semulajadi tu kan , mana nak dapat kann .

Jadi korang korang jagalah ksihatan korang elok elok yee . Kalau rasa xboleh nak cari HEMPEDU BUMI ni , boleh cari supplement yang sama fungsi dengan HEMPEDU BUMI . Haaaa? Apa ? ada ke ? mestilah adaaa tau . Untuk maklumat lanjut bolehlah call / whatsapp ibu di talian 0139449174.

Salam sayang

ibumudagojes